Wednesday, March 28, 2012

betul ke kucing nie penghilang stress???

Salam. Hai semua. Dah lama tak tulis ape2 dalam blog nie. Ye r, dah takda idea nak tulis ape... Tapi tadi lepas baca entry member cita pasal kucing, tiba2 terasa nak share jugak pasal kucing. Cuma bezanye nak share dari segi fakta dan pengalaman.


Fakta:

1. Menurunkan risiko penyakit kardiovaskular dan serangan jantung
Sebuah kajian dari University of Minnesota mendapati bahawa mereka yang tidak mempunyai kucing adalah antara 30 dan 40 peratus lebih tinggi untuk meninggal akibat penyakit yang melibatkan sistem kardiovaskular  daripada mereka yang mempunyai  kucing.  Risiko untuk seorang pemilik kucing mati akibat serangan jantung juga adalah sangat rendah

2. Meningkatkan fungsi  sistem imun (Daya Tahan Penyakit)
Membela  kucing dapat membantu meningkatkan fungsi kekebalan tubuh anda. Hubungan antara kucing dan pemilik kucing dapat meningkatkan  sistem kekebalan tubuh seseorang pemilik kucing.

3. Mencegah Alergi
Jika anda akan mempunyai bayi, mungkin anda patut mempertimbangkan untuk membela kucing .  Membela kucing dapat membantu anda mencegah alergi pada anak anda. Ada beberapa kajian yang baru lahir yang hidup dengan haiwan kesayangan dapat mengelakkan alahan  berkembang.

4. Membantu mencegah asma pada anak
Selain membantu untuk mencegah alergi berkembang terhadap anak anda, ada beberapa bukti bahawa hidup dengan kucing juga boleh membantu mencegah asma pada anak-anak. Memiliki kucing pada usia awal anak anda dapat membantu mereka untuk mengelakkan risiko menghidap asma. Ini kerana sentuhan antara anak anda dengan kucing dapat membantu mengatasi masalah pernafasan.

5. Mengurangkan Tekanan Darah
Percayakah anda dengan hanya dengan mengusap-ngusap  kucing dapat membantu  menurunkan tekanan darah. Mereka yang mempunyai haiwan kesayangan, menurut State University of New York di Buffalo kajian, lebih cenderung memiliki tekanan darah lebih rendah daripada mereka yang tidak mempunyai haiwan peliharaan.

6. Menurunkan Kolestrol
Berdasarkan kajian  pemilik kucing memiliki kolestrol lebih rendah daripada mereka yang tidak mempunyai kucing sendiri. Sebuah penelitian 2006 di Kanada menunjukkan bahawa memiliki kucing sebenarnya lebih berkesan dalam menurunkan kolestrol daripada memakan ubat-ubatan kimia.

7. Mengurangkan risiko Mendapat Stroke
Prospek mempunyai stroke adalah menakutkan. Jika anda prihatin tentang mengalami serangan stroke, anda boleh mempertimbangkan untuk membela kucing. Memiliki kucing dapat mengurangkan risiko stroke. Sebuah kajian di Universiti Minnesota mendapati bahawa pemilik kucing dapat mengurangkan risiko mendapat stroke.

8. Mengurangkan stress (tekanan perasaan) dan rasa cemas
Memiliki kucing boleh membantu mengurangkan stress dalam hidup anda. Banyak manfaat psikologi jika kita membela kucing, dan salah satunya adalah menghilangkan stress. Dengan menjaga  binatang atau berbicara dengan kucing anda, boleh membantu anda merasa lebih tenang dan mengurangkan tahap stres. Kehadiran seekor kucing bersama anda dapat membantu anda menenangkan diri anda kerana anda menikmati cinta tanpa syarat dari seekor kucing.

9. Menjadikan mood anda dalam keadaan “cool”
Dalam banyak kes, berinteraksi dengan haiwan kesayangan boleh membantu memperbaiki mood anda. Ini termasuk kucing. Memiliki kucing dapat membantu anda merasa lebih baik secara umum, dan meningkatkan mood anda.

10. Dapat membantu pesakit-pesakit Autis
Mereka dengan autisme mempunyai kesulitan berkomunikasi dalam cara yang sama seperti orang lain. Memiliki kucing benar-benar dapat membantu dalam kes ini. Ada kejadian di mana kucing telah berperanan dalam terapi untuk anak-anak autis.

11. Mengurangkan Kesepian
Hubungan persahabatan antara manusia dan kucing dapat membantu mereka yang kesepian. Hanya dengan memiliki kucing di rumah dan menghabiskan masa bersama boleh membantu mengurangkan rasa sunyi.

copy dari:

Pengalaman:
Masa kecik2 dulu, duk umah nenek (nenek yg bela @ cucu nenek) duk sorang2.. so kawan aku kat umah nenek, atok n kucing je r.. Aku selalu main dengan kucing, ckapa dengan kucing tdo dengan kucing n semua dangan kucing... dan kucing tu seolah2 faham situasi aku yang kesepian. kalau aku menangis or sedih, dia org jugak akan datang kat aku n aku akan hilang rasa lega bila dapat peluk dia org. 
Pernah sekali, aku kehilangan kucing yang paling aku sayang iaitu "bear". dia nie warna kelabu, bulu gebu mukka bulat. aku jaga dia dari dia kecik sampai besar. petang2 aku bawa dia jalan2 ronda satu kampung ( letak dalam bakul basikal). dia takkan lompat dari bakul tu selagi aku tak cakap "kita dah sampai". orang kampung semua pelik la, macam mane kucing nie tak melompat keluar dari bakul sedangkan kalau kucing lain, mesti dah lari dah. kalau aku berhent kat kedai, aku tinggal je dia dalam bakull, dia takkan lari punye. dia nie dah ibarat best friend aku lah.
Tapi sayang, dia dah mati sebab kena langgar dengan kereta. aku dapat tau pun lepas aku balik sekolah. Memang meraung lah aku masa tu, Aku tengok dia dah keras dah, sebab ade yang perasan dia kena langgar malam sebelum tu.  masa tu aku dah tak tahan sangat n dah tak boleh nak cakap ape2.. seharian aku menangis dan terus menangis... 
Sekarang nie aku masih ade kucing lagi dan masih lagi membela. dan kalau aku ade masalah or aku stress, aku mesti nak peluk kucing, cium. Pada aku, kalau siape nak buang kucing aku, or nak amik kucing aku, langkah mayat aku dulu... 
KUCING KU ADALAH SAHABATKU....


















Wednesday, August 17, 2011

cinta terakhir.....



CINTA TERAKHIR 

kau cinta pertamaku 
kau cinta terakhirku 
tiada apa yang bisa ku nafikan kasih kita 
kau air dimataku

satu antara seribu 
tiada antara di dunia 
mungkinkan terputus di tengah jalan 
mungkinkan terlerai tanpa ikatan 
usah ragu dengan takdir

kau air dimataku 
satu antara seribu 
tiada antara di dunia 
mungkinkan terputus di tengah jalan 
mungkinkan terlerai tanpa ikatan 
usah ragu dengan takdir

mungkin kitakan berbeza haluan 
berakhirnya cerita percintaan 
segalanya ketentuan tuhan

mungkinkan terputus di tengah jalan 
mungkinkan terlerai tanpa ikatan 
usah ragu dengan takdir 
mungkin kitakan berbeza haluan 
berakhirnya cerita percintaan 
segalanya...2x

mungkinkan terputus di tengah jalan 
mungkinkan terlerai tanpa ikatan 
usah ragu dengan takdir 
mungkin kitakan berbeza haluan 
berakhirnya cerita percintaan 
segalanya ketentuan tuhan

segalanya ketentuan tuhan....

dia.. insan yang membuatkan aku kenal erti kesetiaan... dia membuatkan aku segan dengan diri aku... dia jugak yang banyak mengajar aku erti kesabaran... namum aku tak tau macam mane nak teruskan hubungan ini..... aku jatuh hati dengannya secara tak sengaja.. aku jatuh hati padanya atas dasar persahabatan.. namum sekarang ianya sudah bertukar menjadi kasih... sering ku ungkapkan ungkapan sayang kepadanya... sering aku menanti dirinya.. ketika aku bersendirian aku, dia datang kepadaku.. dia menghiburkan aku... memberikan senyumannya... walaupun kami jarang berjumpa, manum aku sentiasa merasakan dia sentiasa dekat dilubuk hati aku... 
dia.... dia jugak insan yang selalu menyakiti hati ku.... mungkin baginya tidak ape.. namun bagi ku, perasaan cemburu sukar dibendung... lagi-lagi ku tahu ada lelaki lain dihatinya.... namun aku redha dengans segala suratan-NYA.. jika memang dia diciptakan untuk ku, aku bersyukur.. jika aku bukanlah diciptakan untuknya, maka aku harapkan ada yang lain lebih baik daripada dirinya... 

jika aku diberikan peluang untuk mengundurkan masa, aku nak jadi yang pertama dan yang terakhir baginya dan aku nak dia juga menjadi yang pertama dan terakhir bagiku.. kepada individu yang dimaksudkan, terima kasih atas segala yang telah dan pernah kau berikan kepadaku... jika kau ditakdirkan untukku, maka masa itu akan muncul jugak.. thanks my dear...

Tuesday, August 9, 2011

Walaupun hanya tiga hari.....

Jumaat, Sabtu dan Ahad lepas adalah hari yang aku rasa sangat bahagia... bagi yang dah tahu, mesti dah boleh agak kan?? hehehe.... aku bukan ape, ianya buat aku terimbau kembali saat ketika aku dan dia masih rapat.. saat kami selalu jog same2 kat tasik.... lepas tu tertubuhnye GANG BAS UTHM walaupun ianya tak rasmi... masa tu aku rasa rela digosipkan dengan dia... nak tau kenape?? sebab aku harap itu satu doa buat aku..... tapi sekarang aku rasa ianya adalah hampir mustahil untuk aku memilikinya... ye lah, dia jugak digosipkan dengan org lain... aku pun tak tau ape yang menarik dengan dia.. mungkin matanya kot... aku suka tenung matanya... mungkin dia tak perasan aku tenung anak matanya yang coklat dan jernih... 

berbalik pada peristiwa tiga hari tu, cukup buat aku berfikir tentang dia sepanjang hari... aku rasa perasaan yang aku dah buang sejauh2ya muncul kembali... tetapi dalam 3 hari tu, dah dua hari buah hati dia datang untuk balik dengan dia.. dua hari aku pergi kerja dia yang jemput di rumah... sebab dia kata satu jalan dengan aku.. cuma jumaat aku g naik moto sebab nak sembahyang jumaat... jadi kalau dia dah amik aku, jadi dia jugak kena hantar aku balik... hari pertama bf dia datang dan balik dengan dia, aku sengaja mintak tolong kwan aku amik... sebabnye aku taknak ganggu privacy dia dan bf dia..(tapi dalam hati hanya DIA yang tahu macam mane perasaan aku) dia tahu aku tipu dia, tapi aku jelaskan jugak r kenape aku buat macam tu dan dia boleh terima jugak le... hari kedua n terakhir, bf dia datang sekali lagi... masa tu aku rasa sangat frust le... nakk mengelak memang dah tak boleh... so teria jugak lah...

jadi pengalaman 3 hari aku bersama dia sangat manis sampai terbawa2 dalam mimpi tu... aku ade 9 hari lagi untuk bersama dia macam tu... terima kasih kepada yang berkenaan... akan saya abadikan kenangan tu dalam hati saya selamanya.. akan saya tenung mata awak sedalam2nya.... 

note* 
maaf kalau menyinggung perasaan anda... nie hanya cetusan hati dan dedikasi saya

Tuesday, July 5, 2011

cuti....

dengar perkataan cuti memang seronok... mane taknye, kalau biasa, kita ade yang kerja, ada yang belajar dan tak kurang juga yang memonteng.. cuti semester aku sebenarnye start lebih kurang 2 bulan lepa.. tapi disebabkan aku ade amik short sem, aku kena balik UTHM setiap minggu(boring duk sane lame-lame... takde benda nak buat... sebab tu balik kampung je kejenye...) nie aku dah cuti full time.. nak cari kerja, kena fikir pulak, nak g nek ape.. kenderaan takde... moto hijau, adik gune g kerja kat pizza... moto hitam, mama bawa g sekolah, kereta adik 2nd bw g praktikal kat kilang bt 10.. kilang cat.. (ye lah, orang amik sains kimia...)

so aku sekarang jadi lah anak dara.. duk umah.. tolong mama buat kuih(tolong potong lada, rendam kacang dhal, n menggoreng je). so dapat le sikit2 dari takde duit langsung kan.. lepas le buat top up hp n g makan luar.. nie bulan puasa dah dekat, adik aku dah buat perancangan, nak buat kuih untuk dijual.. dia nak aku tolong dia, n untung bagi dua..aku no hal.. janji ade duit..  

tapi sekarang nie aku tengah bosan giler sebab aku kena duk umah n akde nak buat ape2.. boring sangat2 nie.. tu yang tulis blog nie... macam2 yang aku buat masa cuti nie. aku download movie, aku layan fb n macam2 lagi ler.. aku ada jugak nak buat sesuatu yang lain, macam g mandi air terjun gunung ledang ke, g melancong ke... tapi ade halangan dari segi kewangan dan kawan.. ye r.. semua member dah kerja, aku je yang masih belajar... so nak taknak, sabo je lah.....



Wednesday, June 15, 2011

kenangan.....

Ape yang kita cerita kalau kita jumpa semula kawan-kawan lama (kawan-kawan sekolah)?? mesti kenangan masa sekolah dulu kan?? lepas aku baca entry member aku si mazzura manru tadi, aku boleh teringat yang masa sekolah dulu banyak benda-benda pelik aku suka buat.. contoh, mencari katak satu sekolah, menghantar buku pergi bilik guru, kutip duit denda (masa nie aku jadi pengawas. budak2 yang kene denda potong kuku or gunting rambut semua kene bayar) dan yang palinga kau tak boleh lupa, main daun trop kat dalam kelas...


Pelik kan??

Sebenarnye, benda nie bermula dari form 3... lepas je habis PMR, budak2 form 3 memang dah takde kerja... kedatangan diambil... so datang sekolah kerjanya melangu je... tapi banyak lah game yang sekolah sediakan. contoh, pertandingan bola sepak, sepak takraw, bola tampar, bola baling, catur.. kira memang banyak lah...

nak dijadikan cerita, adelah sorang mamat nie bawa daun trop g sekolah... mula2 main dua tiga orang je, lepas tu dah makin ramai, n mulka seronok.. aku yang tak tau main benda nie pun dah start mula seronok dengan permainan nie.. kita orang main macam tu je.. takde pun gune duit... ke esokan harinya ade r dua or tiga orang lagi yang bawa... so ramai lah yang boleh main.. dan akhirnye cikgu pun dapat tahu.. so kene rampas lah semua benda nie... maka diharamkanlah benda nie dibawa ke sekolah...

tapi yelah, budak sekolah, mane tau serik, esok, ade lagi yang bawa. tapi yang paling mengejutkan, makin ramai yang bawa... kalau aras atas blok tingkatan 3 nie (kelas dua tingkat je) memang dah macam kasino la... memang penuh.. setiap kelas ade je yang main benda nie... termasuklah aku.. then setiap hujung tangga, ade yang jadi tukang jaga (informer macam dalam cerita gerak khas).... setiap ade je anasir-anasir yang kami perlu elak, maka mereka nie yang akan lari setiap kelas untuk bagi tau... maka disimpan r semua kad-kad...

benda nie berlarutan sampai ke menengah atas (form 4 & 5)... kebetulan pulak, sekolah aku nie  dah mula nak buat blok baru, maka kami nie yang tak terlibat dengan peperiksaan penting, kene pindah ke makmal... yang bestnye, yang kene pindah kelas2 atas pulak tu.. aku nie dalam kelas no 2. so kene berpindah ke makkmal biologi. meja aku paling belakang dengan 4 orang yang lain (gentong aka shahril, jenab aka iwan, kerol n arwah adi saiful (al-fatihah untuk beliau)) .... lepas tu, kelas kita orang nie paling hujung blok, n kalau hujan, laluan nak ke kelas kami nie banjir, paras-paras atas buku lali.. so yang peliknye, kehadiran waktu hujan lebih ramai bilangannye untuk kelas kami berbanding dengan waktu tak hujan... sebab cikgu tak masuk kelas, so boleh r open table....

tu lah pengalaman paling best aku masa sekolah dulu... kadang2 aku terasa macam nak balik seula zaman sekolah menengah dulu..

*belajar rajin-rajin ok.... ;-)

Tuesday, May 31, 2011

Malam yang suram

Malam yang suram nie aku nak coretkan sedikit luahan hati..... Namanye pun dah cetusan hati... malam nie aku masih lagi segar sebab takut esok ade quiz... ape pun tak boleh (trademark kumpulan jambu)... dengan bertemankan dengan sebatang pen, sehelai kertas, netbook dan radio handphone, aku mula study dari jam 0000hrs... hari nie aku terasa macam dirindui seseorang.... jap. aku yang rindu ke dirindui?? mane-mane pun boleh la... yang penting aku rasa sunyi...

mula-mula aku on gtalk, aku nampak buzz aku ade satu note... rupenye orang yang aku follow ade buat status kat gtalk dia... dia tulis kat situ "buat ape 2?" tibe-tibe aku terfikir dia tujukan kat aku ke kat siape ek?? aku biarkan... sebenarnye aku dah berazam untuk jauhkan diri aku dari dia, sebab aku taknak ade ape2 perasaan pada dia.. tapi lama kelamaan aku boleh pulak aku teringat kat dia dan aku tau dia ade dekat sini...

macam mane aku tau dia ade dekat sini?? sebab dia nie salah seorang sekretiriat MHS 2011 penganbilan diploma sesi 2011/2012 minggu depan... not bad r, dia ni AJK... rindu kat dia ade lah jugak, tapi tak boleh lebih2 nanti jatuh cintan pulak...

adus, tiba2 keluar pulak kat saluran Best 104 lagu cinta kenangan silam... buat aku rindu pulak pada senua exgf... ade yang dah kawin, ade yang dah tak sanggup aku call lagi... sebab aku takut dia mengharap ka aku lagi... tapi best jugak lagu nie....
C... cintaku yang satu
I... impian kan nyata
N... nikmat yang berbeda
T... tanpa pengertian
A... antara kau dan aku

Cuba kau pejamkan matakan matamu yang ayu
Inginku nyatakan ke dalam hatimu
Noktah musnah impian yang ku harapkan
Aku mengerti siapa diri ini

Kekayaan tiada dalam diri
Entah mengapa jadi begini
Nasib demikian rupa
Angkara dunia
Namun langkahku takkan berhenti di sini
Gerhana itu mengubat hatiku
Aku tersentuh dalam janjimu dulu
Nyata kau membisu

Sehingga pudar telah ingatan ini
Lalu aku menyepi
Apakah ini semua sudah biasa
Mainan hidupmu

Cinta kenangan silam
Cinta kenangan silam
Cinta kenangan silam


ape-ape pun aku kene relax sebab aku rasa study aku yang utama... maka samapai sini dulu lah k... malam pun dah terlalu lewat.. aku rasa aku perlukan study sikit lagi dan lepas tu tdo... rehat tu penting untuk otak...




ade kenangan dengan gambar nie...


walaupun ianya terang, tapi terlalu sunyi....

Tuesday, May 17, 2011

Zaman IPTA.....

Lepas je aku abis spm, aku kerje sekejap tehn masuk jugak tingkatan 6 sekejap.... Lepas 1 minggu di ting 6 atas, aku berhenti.... sebab ape, sebab aku dapat tawaran masuk politeknik.... then aku habiskan sijil aku kat politeknik merlimau selama 2 tahun.... dalam masa nie, aku sempat praktikal kat JKR muar... kat sini aku banyak belajar tentang kerja-kerja yang dilakukan oleh pihak kerajaan dan cara yang bagai mane nak berurusan dengan kerajaan... habis poli merlimau, aku kerja sebagai juruwang kat The Store Muar ... selepas tu aku sambung ke politeknik port dickson.... kat sane aku setahun amik diploma... Sekarang aku dah kat UTHM... sambung ijazah pertama aku... dalam bidang Information Technology...

Kat IPT lah aku belajar ape itu erti hidup... aku kene buat kerje sendiri.. kalau dulu balik sekolah je, terus ade makanan... sebab mama masak.... sekarang, kene cari sendiri.... macam-macam kisah suka dan pahit aku tempuh kat sini....


jalan sebelah tasik UTHM


Perpustakaan UTHM


Fakulti sains komputer dan teknologi maklumat

Palapes UTHM siri 7