Wednesday, April 20, 2011

Sekolah Menengah....

kalau tadi aku cerita tentang sekolah rendah aku, sekarang aku nak cerita tentang sekolah menegah kebanggaan aku... aku bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tenggku Mahkota Muar... aku belajar disini sampai tingkatan 6 sebenarnye.. namun di tingkatan 6 atas aku keluar dari sekolah tu sebab aku dapat tawaran belajar di politeknik merlimau melaka. disekolah nie, aku beazam nak jadi orangyang berguna.. subjek yang paling aku suka kat sekolah ialah subjek pendidikan jasmani sebab dapat main bola... hahaha.... selain subjek pj, aku suka subjek komuter dan kemahiran hidup... yang lain suka jugak tapi takde r suke sangat.. n paling aku tak suka adalah matematik tambahan.. tak tau ape sebabnye... 

disini jugak aku berkecimpung dalam badan berunifom.. aku join pengakap sebab pengakap masa tu adalah yang paling aktif dan popular kerana kelasakannya.. kat sini aku belajar hidup dalam keadaan paling minimum.. aku jugak belajar displinkan diri aku dalam pengakap jugak.. aku selalu join perkhemahan lencana... (sebab nak amik lencana)... kemudian perkhemahan terbesar aku adalah perkhemahan campori (adik beradik jambori) pengakap daerah muar.. masa tu aku dah start menggatal nak kenal dengan awek2 dari sekolah lain.. 

kemudian kat sekolah nie jugak aku berkenalan dengan farhan... farhan n rashid memang tak boleh pisah.. bayangkan dari tingkatan satu sampai tingkatan 6 bahkan sampai kat politeknik amik diploma pun masih nak satu tempat.. kalau kat sekolah tu aku n dia asyik satu kelas je, dari 1H, 2H, 3G, 4BIJAK, 5BIJAK n 6ARIF... kat poli aku satu coz lain syeksen.... 

kat sini jugak aku belajar memimpin... aku jugak belajar macam mane nak cari pengaruh... tingkatan dua, aku sebagai pengawwas, boleh join kepala dengan"otai" sekolah... hancus budak2 masa tu... tapi yang paling penting, diaorg semua hormat aku... kalau gaduh aku duk tengah2 sebab aku tak suka dia org gaduh...

kalau korang nak tau, awek aku sekarang nie pun satu sekolah dengan aku.. cume dulu masa sekolah aku tak cakap or berbual dengan dia pun... just tau name je... tapi kenagan paling aku tak boleh lupa ialah dengan guru matematik kami yang paling best in the world r... cikgu nora  baharam.. dia ajar kami math sampai kami faham.. dia tunjuk satu2.... dia sanggup datang sekolah buat kelas tambahan untuk kami...  lagi satu yang best, waktu rehat, dia kuarkan duit dia untuk belaja kami makan... tak pernah aku terbayang dapat cikgu yang macam tu... kbila dia pindah sekolah, kami lost contact... dan beberapa minggu yang lepas, baru aku jumpa dengan dia... best gile... tak sabat nak jumpa dengan "mak" kami tu... aku gelar dia "bonda".....

logo STM
padang 


pintu utama


aku rasa sampai sini je kot.... nanti aku sambung pasal kisah poli pulak....

Tuesday, April 19, 2011

Pengalaman Sekolah Rendah

Pengalaman sekolah rendah aku yang pertama adalah Sekolah Kebangsaan Parit Zin. Disini aku kboleh dikategorikan sebagai budak yang nakal. pasal ape, sebab mama aku kerja kat sini.. so dengan belagak dan bongkaknye aku rasa sekolah tu aku yang punye... tapi pada masa tu je r... disini aku tak banyak yang aku ingat.. cume orayang paling aku ingat adalah cikgu salleh, cikgu teoh... cikgu salleh nie baik orangnye, dia banyak bagi motivasi.. tapi dulu masa budak2 bukan tau ape tu motivasi.. kemudian cikgu teoh adalah org yang paling garang.. dia ajar BI.... aku ingat masa aku darjah dua, aku pernah ponteng sekolah, mak aku cari aku seluruh kem.. akhirnye dia jumpa aku jugak kat belakang rumah kosong pegawai sebelah sekolah.. masa tu aku ngat selamat r.. rupanye aku kene jugak... lepas aku kene dengan mama, aku kene pulak dengan cikgu teoh... masa tu mama bagi green light kat cikgu tibai aku...


bangunan pejabat
logo SKPZ

kantin SKPZ













dalam pertengahan tahun masa aku darjah dua, aku berpindah ke Sekolah Kebangsaan Parit Keroma Darat. disini banyak yang aku pelajari. dari segi menjadi manusia. disini pada permulaannya aku ingin membawa perangai lama aku di SKPZ, namun aku takde siape yang boleh back up aku.... so aku hilang taring.. tapi aku bersyukur, sebab kalau aku masih macam dulu,aku rasa sekarang aku tak jadi seorang manusia... disini aku pergi sekolah dengan berjalan kaki... (mesti takde yang percaya kan?? tapi itulah hakikatnye).. aku pergi sekolah seawal jam 6.30 pagi.. sebab aku nak jadi orang yang pertama samapai kesekolah dan enjadi orang yang pertama masukk ke kelas.. perasaan bangga sangat kalau dapat masuk kkelas dulu.. tak macam sekarang.. masuk kelas nak lewat je... disini aku kenal apa itu sahabat... disinii aku berkenalan dengan sahabat baik ku iaitu iskandar... dialah tempat aku lepak, borak, main n semunya dengan dia r.. aku mandi parit pun same dengan dia... (nakal tak nakal r kami masa tu)... pernah sekali masa darjah tiga, iskandar pergi ikut parent dia pergi haji... sebelum pergi sempat mak dia, ayah dia n dia datang sekolah... jumpa semua org... aku masa tu takda hal r sangat... tapi yang peliknye, seminggu sebelum dia balik dari tanah suci, aku demam seminggu... lepas je dia sampai umah, n datang umah aku, aku rasa macam demam aku tu terus elok... aku dah rasa yang dia nie macam adik beradik aku.. dia nie jugak r tempat aku luah segala perasaan... namun sekarang kami dah slow sebab dia belajar, n aku pun belajar... tapi yang best,s etiap kali dia balik, kami akan buat BBQ kat umah dia...
logo SKPKD

Pintu depan sekolah

kelas dan perpustakaan
pandangan seluruhkawasan

SKPKD


nantikan sambungan kat sekolah menengah k...

Cerita Tentang Aku....

hari nie hari pertama aku menulis dalam blog nie... aku sendiri tak tahu ape tujuan aku menulis dalam blog nie... ok lah.. nama aku rashid. namun ada yang panggil akudengan gelaran bob... tapi dah ramai sangat yang pakai gelaran tu... aku tinggal di muar... satu kampung yang aku kira ok lah... nak kata kampung sangat,tak lah.. sebab kamung aku dah dikategori pinggir bandar... aku dapat pendidikan awal dia Sekolah Kebangsaan Parit Zin sehingga darjah dua. tu pun sekejap je.. kemudian akau baerpindah ke Sekolah Kebangsaan Parit Keroma Darat...selepas itu, aku naik ke Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mahkota sampai tingkatan 5.....



kemudian aku sambung pelajaran aku ke Politeknik Merlimau Melaka dalam bidang kejuruteraan di peringkat sijil... selepas dua tahun, aku dianugerahkan denagn sijil kejuruteraan elektrik dan elektronik... 


aku terpaksa menanti sehingga setahun untuk aku menyambung ke peringkat diploma... pada akir tahun 2008 aku menerima tawaran untuk melanjutkan pelajaran aku ke peringkat diploma dalam bidang kejuruteraan elektronik (komputer) di Politeknik Port Dickson.. selepas setahun aku dianugereahkan dengan diploma kejuruteraan elektronik (komputer)...

dan sekarang aku bergelar mahasisa di sebuah institusi pengajian tinggi awam yang terkenal jugak iaitu Universiti Tun Hussien Onn Malaysia atau dikenali sebagai UTHM  atau nama dahulunya kuitho di batu pahat... di sini aku mengambil jurusan teknologi maklumat di peringkat sarjana muda...




di setiap peringkat pembelajaran aku, ade ceritanye tersendiri.... tunggu k...:-)