kalau tadi aku cerita tentang sekolah rendah aku, sekarang aku nak cerita tentang sekolah menegah kebanggaan aku... aku bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tenggku Mahkota Muar... aku belajar disini sampai tingkatan 6 sebenarnye.. namun di tingkatan 6 atas aku keluar dari sekolah tu sebab aku dapat tawaran belajar di politeknik merlimau melaka. disekolah nie, aku beazam nak jadi orangyang berguna.. subjek yang paling aku suka kat sekolah ialah subjek pendidikan jasmani sebab dapat main bola... hahaha.... selain subjek pj, aku suka subjek komuter dan kemahiran hidup... yang lain suka jugak tapi takde r suke sangat.. n paling aku tak suka adalah matematik tambahan.. tak tau ape sebabnye...
disini jugak aku berkecimpung dalam badan berunifom.. aku join pengakap sebab pengakap masa tu adalah yang paling aktif dan popular kerana kelasakannya.. kat sini aku belajar hidup dalam keadaan paling minimum.. aku jugak belajar displinkan diri aku dalam pengakap jugak.. aku selalu join perkhemahan lencana... (sebab nak amik lencana)... kemudian perkhemahan terbesar aku adalah perkhemahan campori (adik beradik jambori) pengakap daerah muar.. masa tu aku dah start menggatal nak kenal dengan awek2 dari sekolah lain..
kemudian kat sekolah nie jugak aku berkenalan dengan farhan... farhan n rashid memang tak boleh pisah.. bayangkan dari tingkatan satu sampai tingkatan 6 bahkan sampai kat politeknik amik diploma pun masih nak satu tempat.. kalau kat sekolah tu aku n dia asyik satu kelas je, dari 1H, 2H, 3G, 4BIJAK, 5BIJAK n 6ARIF... kat poli aku satu coz lain syeksen....
kat sini jugak aku belajar memimpin... aku jugak belajar macam mane nak cari pengaruh... tingkatan dua, aku sebagai pengawwas, boleh join kepala dengan"otai" sekolah... hancus budak2 masa tu... tapi yang paling penting, diaorg semua hormat aku... kalau gaduh aku duk tengah2 sebab aku tak suka dia org gaduh...
kalau korang nak tau, awek aku sekarang nie pun satu sekolah dengan aku.. cume dulu masa sekolah aku tak cakap or berbual dengan dia pun... just tau name je... tapi kenagan paling aku tak boleh lupa ialah dengan guru matematik kami yang paling best in the world r... cikgu nora baharam.. dia ajar kami math sampai kami faham.. dia tunjuk satu2.... dia sanggup datang sekolah buat kelas tambahan untuk kami... lagi satu yang best, waktu rehat, dia kuarkan duit dia untuk belaja kami makan... tak pernah aku terbayang dapat cikgu yang macam tu... kbila dia pindah sekolah, kami lost contact... dan beberapa minggu yang lepas, baru aku jumpa dengan dia... best gile... tak sabat nak jumpa dengan "mak" kami tu... aku gelar dia "bonda".....
![]() |
| logo STM |
![]() |
| padang |
![]() |
| pintu utama |
aku rasa sampai sini je kot.... nanti aku sambung pasal kisah poli pulak....



No comments:
Post a Comment